AURA NUR AROMA CRYSTAL GLEAM

RM49RM52

SKU: CRYSTAL GLEAM Category:

Brand Name: AURA NUR AROMA CRYSTAL GLEAM

Ingredients: Gram Himalayan, Kristal, Aqua & Pati Aromaterapi Muka Seri

Active Ingredient:  Crystal

Item Weight: 30 ML

Skin Type:  Oily, Combination, Dry, Normal

Target Gender: Unisex

Material Feature: Natural, Cruelty Free

Item Form: Crystal Infused Bottled Water

Sebelum mengenali mengenai produk Aroma Crystal Gleam.

Jom kita mengenal dulu apa itu Aura & Kristal serta peranan Kristal dalam mengimbangi Aura.

 

Apa Itu Aura?

Apabila memperkatakan mengenai aura, ramai membayangkan ia berkaitan kuasa magis atau tradisional kerana tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar. Malah ada juga yang kurang mempercayainya apatah lagi pada zaman moden ini.

Aura dan getaran adalah dikaitkan dengan gelombang elektromagnetik pada frekuensi tertentu yang berlegar di sekitar tubuh manusia. Ia juga dikaitkan perlanggaran atom, elektron dan elemen di sekitar tubuh yang menghasilkan tenaga. Kesan kekuatan gelombang ini boleh dilihat dengan pandangan fizikal ke atas mereka yang mempunyai banyak aura dan getaran positif.

Tubuh badan kita sebenarnya telah direka oleh Allah dengan begitu teliti dan penuh kehebatan. Seorang manusia yang sihat, akan mempunyai lingkaran tenaga atau energy fluks yang penuh atau bulat. Badan kita umpama sebatang rod magnet. Lebih tepat lagi tulang belakang manusia merupakan rod magnet tersebut. Dibahagian paling atas sekali terletaknya ubun-ubun atau lebih tepat lagi kita namakannya kelenjar pineal. Ia merupakan kutub utara dan hujung tulang sulbi iaitu tulang yang terakhir dalam struktur tulang belakang manusia merupakan kutub selatannya. Tenaga mengalir daripada kutub utara iaitu kelenjar pineal hingga ke kutub selatan iaitu di hujung tulang sulbi dan seterusnya membentuk lingkaran atau medan magnet.

Lingkaran tenaga ini berpusing tanpa henti dan tidak putus. Lingkaran inilah yang membentuk medan elektromagnetik badan manusia atau aura. Apa kegunaan lingkaran tenaga ini. Lingkaran tenaga ini memastikan bahawa tenaga kita tidak berserakkan dan kita berada dalam pelindungan tenaga yang baik. Bila lingkaran ini semakin kuat dan besar tenaga dalaman seseorang itu bertambah hebat. Tenaga minda seseorang itu meningkat dan prestasi serta potensi dirinya juga meningkat.

Terdapat banyak fungsi dan manfaat aura. Selain menambah daya tahan tubuh seseorang menjadi kuat terhadap serangan penyakit, aura manusia yang cahayanya terang juga dapat mempengaruhi aura manusia lainnya di sekitarnya. Jadi aura sangatlah penting bagi kita sebagai manusia, apalagi bagi anda yang bekerja di bidang hiburan, perniagaan, pemasaran dll.

Aura Wujud Dalam Islam?

Adakah ini semua ajaran karut yang membuat manusia memikirkan seseorang itu boleh mempunyai tenaga baik dan tenaga jahat yang boleh mempengaruhi seseorang? Hakikatnya ia telah ada dalam Islam dan dikenali sebagai NUR.

Nur berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud cahaya. Ia bukanlah cahaya fizikal tetapi cahaya mental atau kesan refleksi tenaga yang mana boleh dilihat penzahirannya daripada cara hidup seseorang. Nur bukan sahaja dikaitkan penzahirannya melalui tenaga malah penzahirannya kepada fizikal seseorang.

Di dalam Islam, kekuatan Nur seseorang itu akan lebih terserlah daripada Iman dan amalan hidup Islamnya yang mana amalan tersebut dipenuhi dengan nilai positif, keikhlasan, keyakinan, kebenaran dan semangat.

Wajah seseorang yang mempunyai Nur itu sentiasa bersih dan menyegarkan mata orang lain yang memandang. Kedapatan hadis sahih yang menggambarkan Rasulullah S.A.W. itu mempunyai wajah yang berseri-seri, berkulit bersih, alisnya yang lentik, tidak kurus atau gemuk serta wajah yang rupawan. Begitu juga dikatakan ucapannya itu menyejukkan kalbu mereka yang mendengar. Hadirnya Rasulullah S.A.W. dirasai mereka seolah sedang datang ketenangan dan kegembiraan kepada mereka. Ini sebenarnya yang dikatakan Nur dan mungkin dikatakan sebagai getaran aura bagi pengkaji bukan Islam.

 

APA ITU KRISTAL………………….

Dalam agama Islam batu yang paling terkenal, adalah batu hitam dari mekah yang di sebut Hajar Aswad. Di katakan pada mulanya batu ini berwarna putih bersih dan menjadi hitam kerana dosa-dosa manusia.Tetapi di percayai di bahagian dalamnya masih putih berkilau.

Di katakan ketika Adam dan Hawa turun ke dunia, sebuah batu istimewa mengikuti mengikuti bersama-sama mereka.Pada zaman Nabi Noh berlaku banjir besar,batu ini kembali ke Surga.Kemudian di beri kepada Nabi Ibrahim oleh malaikat Jibril.Nabi Ibrahim menempatkan pada satu sudut arah tenggara Kaabah di Mekah.Hajar Aswad akhirnya di ambil dari Mekah oleh orang “Karamiah”(sebuah sekte yang memutarbelitkan nilai-nilai fudamental Islam).Setelah dua puluh tahun di tangan mereka Hajar Aswad di kembalikan lagi.Batu ini juga di sebut sebagai Tangan kanan Allah dibumi. Sangat di hormati oleh orang muslim.

Pandangan sekilas terhadap sejarah kristal cukup untuk memunculkan gambaran pola global kepada sesuatu kepercayaan.Kristal adalah ciptaan Tuhan yang tercantik yang menggabungkan warna dan bentuk. Kristal mempunyai corak tenaga yang unik yang membolehkan kita merawat dan menseimbangkan diri kita.

Sejak beribu-ribu tahun dahulu manusia telah menggunakan tenaga penyembuhan kristal ini . Tenaga kristal ini terlalu kuat dan potensinya untuk menyembuhkan penyakit tidak boleh dipandang ringan. Tenaga kristal yang dinamik ini adalah hasil daripada kombinasi dari ciri-ciri fizikal dan metafizikal kristal tersebut yang mana mengambil masa berjuta-juta tahun untuk menerima tenaga yang terpancar dari dalam bumi (dalam masa 200 juta tahun dahulu) yang membolehkan proses kebolehan penyembuhan kristal tersebut.

Secara teorinya, apa yang membuatkan kristal tersebut berkemampuan untuk mengeluarkan tenaga yang diingini adalah disebabkan oleh grid kristal. Grid adalah pembentukan garisan-garisan yang membentuk satu tenaga kuasa yang kuat (Life Force energy). Grid kristal adalah sangat effektif di dalam mencapai hasil yang dikehendaki bergantung kepada tenaga yang kuat di dalam kristal dan apa program yang telah diprogramkan ke atas kristal untuk mencapai sesuatu tujuan.

Program kristal ialah satu cara yang digunakan untuk memancarkan aura pada kristal,Krista akan membelah cahaya aura (sebagai mana segi tiga prisma membelah cahaya matahari kepada tujuh cahaya utama yang merupakan cahaya asas kepada pelangi) untuk menseimbangkan aura tubuh manusia.Hasilnya keseimbangan akan wujud dalam tubuh manusia.

Satu daripada kegunaan grid kristal adalah untuk mengeluarkan tenaga positif (sheng qi) kedalam persekitaran kediaman kita. Ini adalah untuk mengubah dan mengekalkan tenaga (feng-shui) kawasan tersebut. Tambahan pula grid kristal akan membawa Kuasa Hayat (Life Force) ke dalam kawasan persekitaran.Ramai manusia purba menggunakan kuasa kristal ini. Pada masa sekarang manusia menggunakan kristal untuk tujuan pembelajaran, alat untuk keceriaan dan alat penyembuhan.Bilakristaldiletakkan di atas komputer, kristal adalah berguna untuk melindungi pengguna komputer daripada pemancaran radiasi yang amat menyakitkan dari komputer tersebut.

Kristal di mata Islam:

APAKAH hukumnya jika kita mempercayai batu kristal ada aura yang boleh mengubati penyakit atau manfaat tertentu kerana saya lihat ramai orang memakainya sebagai gelang. Saya pernah terbaca bahawa Islam menyaran umatnya mencari kaedah rawatan bagi sesuatu penyakit.Adakah ia bertentangan dengan Islam?

JAWAPAN:

ALLAH tidak pernah mencipta sesuatu di dalam alam ini dalam keadaan sia-sia atau tiada manfaat.

Hanya ilmu manusia yang masih cetek dalam mencari rahsia alam ini. Begitu juga dengan batu batan ciptaan Allah, mempunyai rahsia tersendiri.

Pada zaman Nabi Muhammad saw, wanita memakai gelang diperbuat daripada bahan-bahan rempah ratus Kerana percaya ia ada khasiat tertentu.Oleh itu, Penggunaan kristal kerana mahu mendapatkan khasiat yang ada padanya adalah harus.

Yang haram ialah memakainya dengan niat menjadikannya sebagai tangkal yang dipercayai boleh menolak bala atau mendatangkan laba

 

Terapi Aura Menggunakan Kristal:

Pada abad ke-20, para saintis menemukan bahawa kristal mempunyai frekuensi tertentu. Kristal-kristal ini secara puratanya menggetarkan 8,000,000 bilion getaran per saat di mana ia mengandungi jumlah tenaga yang tinggi hasil daripada pembentukannya yang lama dan dipengaruhi terus oleh tindak balas dan gelombang alam. Batu-batu kristal yang kita dapati hari ini menyimpan tenaga yang besar yang terpancar dan dikenali medan elektromagnetnya (aura).

Apabila seseorang itu memakai kristal, frekuensi pada kristal itu akan bersatu dengan tenaga atau aura yang ada pada si pemakai. Tenaga pada kristal berkenaan bergetar mengikut jenis dan warnanya yang akan menumpu pada pusat tenaga (chakra) tertentu pada tubuh si pemakai seterusnya mengharmonikan dan menjana sistem tenaga (bioenergi) tubuh seseorang.

About this item:

RAISE YOUR VIBRATION

Crystal therapy is based on the entrainment principle, a concept embraced by virtually every life science. One organism synchronizes the energy of another with a lower vibration until the pair share the higher frequency of the first. This is what keeps crystal watches ticking and why people walking down the street at the same time fall into step with each other. It’s thought that this exchange

of energy from stones has an effect on human cells to promote healing, detoxification and regeneration, including those of your largest organ – your skin.

DETOXIFY WITH BLOODSTONE

Bloodstone is a variety of green jasper with flecks of red hematite running through it and is so-named because the stone supposedly cleanses the blood of toxins when carried or worn against the skin. Bloodstone is also said to promote the healing of inflammatory skin conditions.

LOOK ROSY WITH 7 FLOWER ESSENTIAL OIL

The ancient carried 7 flower essential oil to ward off the signs of aging skin. It has a strong association with all matters of the heart, including circulation. It’s also said to encourage lymph drainage. Some holistic practitioners infuse the energy of this 7-flower essential oil into skin care products.

CALM SKIN WITH CRYSTALS

Crystals readily recognized by its lovely colour, which can range from light lavender to deep purple. Its name comes from ancient as such, the stone has a reputation for helping to prevent intoxication and “morning after” headache. It’s also said to ease inflammation of the skin, balance hormones and increase blood circulation and oxygen delivery to cells.

HOW TO USE ( Aroma Crystal Gleam Mist Can Be Used Quite A Few Ways )

  • As daily morning routine spray – hold it about six inches away from your face.
  • Place a few drops onto your wrists or pulse points.
  • Connecting to your heart chakra – spray directly onto skin and visualize
  • surrounding in a mist of loving energy.
  • To boost up aura.
  • Can be used before make-up and bedtime.

CARA PENGGUNAAN (Aura Nur Aroma Crystal Gleam  Boleh Digunakan Dengan Beberapa Cara )

  • Sebagai semburan rutin pagi setiap hari – pastikan jarak kira-kira enam inci dari muka anda.
  • Letakkan beberapa titis pada pergelangan tangan atau titik nadi anda.
  • Menyambung ke chakra jantung anda – sembur terus ke kulit dan visualisasikan
  • Untuk meningkatkan aura.
  • Boleh digunakan sebelum mekap dan sebelum tidur.
Pricing

West Malaysia, East Malaysia

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “AURA NUR AROMA CRYSTAL GLEAM”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top